Taktkala, kita diperintahkan untuk duduk di rumah, McDonald's Malaysia masih menjalankan Program Komuniti mereka di seluruh Malaysia. Memikirkan frontliner yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesihatan rakyat Malaysia, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung penularan wabak covid dan merawat pesakit, rangkaian perkhidmatan makanan, McDonald's Malaysia menaja makanan ke lebih daripada 70 hospital di seluruh negara.
Penghantaran makanan akan dilakukan selama sebulan dan dihantar sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19 akan menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan.
https://www.miszrockers.com/2021/06/mcdonalds-malaysia-menaja-makanan-kepada-frontliner.html